بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Nabi Muhammad saw. adalah Nabi dan Rasul terakhir, sesudah beliau tidak adal lagi Nabi dan
Rasul. Bahwa Nabi yang lain hanya diutus untuk satu kaumnya saja, maka
Nabi Muhammad saw. diutus untuk seluruh manusia.
Bahwa
Nabi Muhammad saw. diutus ke tengah-tengah manusia di saat manusia berada dalam
kesesatan dan memuncaknya kerusakan akhlak manusia. Maka Nabi saw. diutus untuk
menyempurnakan akhlak yang mulus.
Beliau
lahir pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, disebut demikian
karena Abrahah datang ke Makkah dengan kendaraan gajah hendak
menghacurkan ka'bah. Tetapi Abrahah dihancurkan Allah melalui
burung-burung yang membawa batu kerikil dari neraka. Menurut penanggalan Masehi, hari itu bertepatan dengan 20
April 571.
Halaman blog yang terbatas ini tidaklah mungkin dapat menyajikan kisah Nabi
Muhammad saw. secara lengkap, maka dengan tanpa mengurangi substansi sejarah
dan kebenarannya, saya hanya menuliskan bagian-bagian yang terpenting saja
secara ringkas, insyaallah.
A. Masa Sebelum Kenabian
1. Keturunan
Bani
Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala
Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih.
Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab.
Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w.,
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia
menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok
mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di
antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan
kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik
kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluarga secara
rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim).
Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan
penutup segala Nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul
keturunan ibu bapak dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada
perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”.[1]. Oleh kerana keturunan
Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan
menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan
banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan.
2. Orang Tua.
Baginda
tumbuh sebagai anak yatim. Bapak Baginda, Abdullah telah meninggal
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda
berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Selepas
itu, Baginda telah dipelihara oleh kakek Baginda, Abdul Muthalib. Ketika
berumur 8 tahun, kakek Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda
selanjutnya dipelihara oleh paman beliau, Abu Thalib. sehingga Baginda
besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh Al-Quran
al-Karim dengan "Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain
Dia memberikan perlindungan? "(Ad-Dhuha: 6).
3. Masa Kanak-Kanak
Rasulullah
s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di
perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat,
jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang
kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah
dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
4. Kelebihannya Sudah Tampak Sejak Kecil.
Keunggulan
Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda
kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda.
Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak.
Baginda
duduk di atas tilam kakeknya. Sedangkan jika kakeknya duduk di atas tilam itu,
tiada seorangpun anak-anaknya (paman Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu,
paman Baginda coba menarik tilam tersebut. Lantas Abdul Muthalib berkata:
Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.
5.Aktifitas Masa Remaja.
Pada
awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan
bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Baginda bersabda: Semua nabi
pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: Aku juga begitu. Dalam riwayat lain, Baginda
bersabda: Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka
sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda
tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah
dengan upah beberapa qirat. Ketika umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda
berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan
harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.
6. Sudah Dijaga Allah Sejak Awal
Baginda
s.a.w. tidak menyertai rekan-rekan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam
bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat
dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan
panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda mendengar suara nyanyian dari
sebuah rumah di Makkah yang sedang mengadakanpesta perkawinan. Baginda ingin
menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga
setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah
berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain
judi. Baginda juga tidak pernah berkata kesat.
7. Dipercaya Meletakkan Hajar Aswad ke Tempatnya
Sejak
Baginda mulai mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang
dan pandangan yang luas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di
Ka'bah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Ka'bah telah dilanda
banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh karena itu, penduduk Makkah membuat
keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan
keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul
Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat
penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap kabilah ingin
mendapat penghormatan itu. Perseteruan bertambah hebat sehingga mereka saling
mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada
orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil
Haram ) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid
melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda,
mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah
s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang
perselisihan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian
yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertikai. Baginda membentangkan kain
selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu.
Baginda
komudiannya menyuruh setiap kabilah memegang ujung selendang. Apabila mereka
mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil
dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua puas. Allah
telah menghindarkan pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan
dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke suatu cara yang hanya diketahui oleh
Allah.
Semasa
remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di
kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji,
perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik
minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar
memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilahyang pergi
ke kota Basra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada
Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki
daripada kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba
Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda.
Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan
tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada
yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk
melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijahsedangkan Baginda
15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik
terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata
ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan
menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali-kali menghina kamu.
Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan
kepada yang tidak berharta, memuliakan para tamu dan menolong mereka yang
berhak."
9. Perjalanan Keluar Makkah
Baginda
bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama paman
Baginda, Abu Thalib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25
tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua tujuan
perjalanan ini ialah kota Basra di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini,
Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang
dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya.
10. Berkhalwat ke Gua Hira
Beberapa
tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada
Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan
Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di
dalamnya selama sebulan (itu dilakukan dalam bulan Ramadhan.) karena memikirkan
tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan
sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda
B.Masa Turunnya Wahyu Hingga Hijrah
1. Waktu dan Cara Turunnya Wahyu.
Wahyu
diturunkan kepada Rasul s.a.w.: pada waktu Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun,
Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Senin, 17
Ramadhan.Imam al-Bukhari meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan
wahyu dalam Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada
'Aisyah, kata beliau: Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah
s.a.w. ialah mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang
seperti cahaya shubuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta
untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua
Hira. Baginda beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui
keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian Baginda
kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. Sehinggalah
wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di Gua Hira.
Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata: Bacalah.
Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan: Maka dia memegang
dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. Kemudian dia melepaskan aku.
Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka dia
memegang dan menutupi aku untuk kali kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian
dia melepaskan aku. Dia berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak
tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian
dia melepaskan aku seraya berkata:
" Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5)
Setelah
itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda
mendapatkanKhadijah binti Khuwailid r.a. seraya berkata: "Selimutkan
aku, selimutkan aku." Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga
hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku
bimbangkan diriku." Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin.
Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung
silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak
berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak." Setelah itu,
Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal
bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqahmerupakan sepupu Khadijah. Beliau
seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh
menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani
setakat yang dikehendaki Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai
sepupuku, dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu."
MakaWaraqah bertanya kepada Baginda: "Wahai anak sahabatku, apa yang
kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah
dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu,
yaitu Jibril) yang pernah turun kepada Nabi Musa as. Alangkah baiknya
kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu
mengusirmu keluar." Lantas Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka
akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. Tiada seorang lelaki
yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi. Sekiranya
aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku." Tidak lama
kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti
sementara waktu. Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu
Ishaq disebut: Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda
sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa sejenis bekas daripada
sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah (wahai
Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5). Baginda berkata: "Maka aku membacanya.
Kemudian, setelah selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur.
Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu tulisan." Baginda berkata:
"Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di tengah-tengah
bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad,
kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata:
"Lantas aku mendongak kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul)
Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq
langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu adalah utusan Allah dan aku
adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak maju
maupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun
apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku
terus tercegat berdiri, tidak ke depan maupun ke belakang
sehinggalah Khadijah mengutuskan utusan-utusannya mencariku....
(hingga akhir riwayat).
2. Urutan Orang Yang Pertama kali Beriman.
Orang pertama yang beriman
dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda,Khadijah r.a., kemudian
sepupu Baginda, Ali r.a.. Ketika itu Ali masih kanak-kanak
berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin
Harithah. KemudiannyaAbu Bakar as-Siddiq r.a.. Hamba sahaya yang
mula-mula sekali memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Oleh
itu, Khadijah merupakan orang yang pertama beriman dengan Baginda
secara mutlak. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang bersamanya pada petang
hari Senin. la merupakan hari pertama Baginda bersembahyang. Solat ketika itu
dilakukan dua rakaat di waktu subuh dan dua rakaat di waktu petang.
3. Masa Turunnya Wahyu Sempat Terputus.
Kemudian wahyu terhenti
untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang waktunya. Yang paling lama
ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat enam bulan itulah
yang sahih. Ketika waktu terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa susah hati
dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan
ingin menghumbankan diri daripada puncaknya2. Baginda menyangka Allah telah
membencinya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Selepas itu,
wahyu kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dalam kitab 2 Ayat: "hampir-hampir menghumbankan diri
daripada kemuncak bukit karena dukacita wahyu terhenti sekalipun terdapat dalam
kitab Sahih al-Bukhari, ia adalah pendapat az-Zuhri. Ia tidak
bersambung kait dengan riwayat asal. Sebagaimana yang disebut oleh
pengarang kitab Fathul Bah. Lihat Fathul Bah 12/316.
Sahihnya,
daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari, daripada Nabi
s.a.w.: Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara
daripada langit. Aku mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat
yang telah datang kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas
kursi di antara langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang.
Aku berkata: Selimutkan aku. Maka Allah Ta'ala telah menurunkan: Wahai
orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada
umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan
pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah
engkau jauhi. (Al-Muddathir: 1-5). Setelah itu wahyu turun berterusan.
4. Merintis Tugas Da'wah.
Selepas itu, Rasulullah
s.a w. mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang dipercayai
(kerasionalan) akalnya selama tiga tahun cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki
dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera,
telah memeluk Islam. Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai
kira-kira 30 orang, Allah memerintahkan Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan
dakwah secara terang-terangan. Ini dinyatakan dalam firman-Nya: " Oleh
itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai
Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir
musyrik itu. (Al-Hijr: 94).
5. Memulai Berda'wah
Terang-terangan dan Respon Quraisy
Dakwah secara
terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang mukmin yang
baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti. Orang musyrik
merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran mereka, membongkar
kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka. Agama
itu mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata
dan pandangan, sedangkan Dia yang mengetahui hakikat pandangan mata. Dia juga
Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui apa yang telah dan akan
berlaku.
6. Berta'lim di al-Arqaam.
Dalam tahapan ini Rasul
s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sembunyi-sembunyi di
rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika
itu telah memeluk Islam. Baginda membacakan ayat-ayat al-Quran
al-Karim yang diterimanya kepada mereka di samping mengajar mereka hukum-hakam
dan syariat agama yang telah diturunkan ketika itu.
7. Mengumpulkan Keluarga
dan Mengajaknya Beriman.
Pada suatu hari, Rasul
s.a.w. diperintahkan untuk memberi seruan kepada kaum keluarganya yang
terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu keluarga
Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan
berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang
neraka. Akibat dari dakwah itu, Abu Lahab menengking Baginda:
"Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?"
8. Dilindungi Abu
Thalib
Quraisy ingin bertindak ke
atas Rasul s.a.w., namun paman Baginda, Abu Thalibmelindunginya. Beliau
enggan menyerahkan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy bubar,Abu
Thalib meminta Baginda untuk mengendur-kan dakwahnya. Baginda menyangka
pamannya tidak lagi mau membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang
masyhur:"Demi Allah, wahai pamanku! Kalau mereka meletakkan matahari di
sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini,
sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sampai Allah memenangkannya atau
aku binasa karenanya".
9. Siksaan Kaum Musyrik
Dimulai.
Selepas peristiwa
tersebut, orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan para sahabat.
Sehingga ada yang mati diseksa dan ada yang buta.
10. Dibujuk Agar Menghentikan Dakwahnya.
Apabila Quraisy melihat
orang-orang mukmin tetap teguh dengan aqidah mereka (sekalipun diseksa dan
disakiti), mereka membuat keputusan untuk berunding dengan Rasul s.a.w.. Mereka
menawarkan harta sebanyak mana yang Baginda mau, atau melantik Baginda sebagai
raja mereka. Namun Baginda menolak semua tawaran itu.
11. Hijrah Pertama kali ke Habasyah.
Melihat permusuhan dan
penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, Rasulullah s.a.w. berkata
kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumi
Habsyah (Ethiophya, sekarang). Di sana ada seorang raja yang tidak mendzalimi
sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamu tinggal di sana) sampai Allah memberi
kamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini." Oleh itu, para
sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama sebanyak 12 orang
lelaki dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar masuk IslamnyaUmar bin Khattab dan kejayaan Islam,
mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi
kembali ke Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. jumlah mereka dalam
hijrah kali kedua ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.
12. Rasulullah, Bani Hasyim dan Bbani Muthalib diboikot.
Selanjutnya, orang-orang
musyrik bertindak memboikot Rasulullah s.a.w., Bani Hasyim dan Bani Muthalib.
Orang musyrik tidak lagi berjual beli, menikah dan bergaul dengan mereka. Orang
musyrik juga tidak menerima perdamaian dengan mereka. Pemboikotan itu
berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang bersamanya
berhadapan dengan kesulitan yang yang sangat dengan adanya pemboikotan
tersebut. Pemboikotan baru berakhir berkat usaha tokoh-tokoh Quraisy
yang rasional.
C. Keluarga Rasulullah
Dalam
hal kehidupan berumah tangga, Rasulullah memiliki beberapa orang isteri dan
anak. Sejarah menyebutkan bahwa isteri beliau berjumlah 12 orang dan anak
beliau ada 7 orang, yang rinciannya sbb.:
I.Isteri-Isteri Rasulullah
saw.
1. Khadijah binti Khuwailid (556-619
M).
2. Saudah binti Zama'a (596-674 M).
3. 'Aisyah binti Abu Bakar
(614-678 M).
4. Hafsah binti Umar (607 antara 648 dan
665M).
5. Zainab binti Khuzaimah
(595-626 M).
6. Ummu Salamah Hindun
binti Abu Umayyah 599-683M).
7. Zainab binti Jahsy
(588/561-641 M).
8. Juwairiyah binti
Al-Harits (605-670 M).
9. Ummu Habibah Ramlah
binti Abu Sufyan.(591-665 M).
10.Sofiyyah binti Huyay
(628-672 M).
11. Maimunah binti
al-Harits.(602-681 M).
12. Mariyah
al-Qibthiyah
II. Anak-Anak
Rasulullah saw.
II.A. Puteri berjumlah 4
orang anak, yakni:
1. Zainab
2. Ruqayyah
3. Ummu Kultsum
4. Fathimah
II.B. Adapun putera
berjumlah 3 orang anak, yakni
5. Qasim
6. Abdullah dan
7. Ibrahim.
D. Rasulullah saw. Wafat.
Sesudah
melaksanakan Haji Wada', pada
tanggal 12 Maulid hari Senin, tahun 11 Hijriyah atau 8 Juni 632 Masehi,
beliau wafat meninggalkan umatnya dalam usia 63 tahun. Beliau dimakamkan di
Madinah, hingga sekarang makamnya selalu ramai diziarahi umat Islam dari
seluruh dunia ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah, serta orang yang shalat di masji
Nabawi. Beliau tidak menginggalkan warisan harta benda, tetapi hanya meninggalkan
Al-Qur'an dan As-Sunnah. Siapapun umatnya jika tetap berpegang teguh kepada
keduanya, maka ia tidak akan tersesat selama-lamanya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آله وصحبه وسلم
Demikianlah
artikel singkat ini, semoga memberi tambahan ilmu dan manfaat untuk kita
bersama, amin.
Sebarkan !!! Semoga bermanfaat.
ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ
“Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu.
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan
bertaubat kepada-Mu.”
Dirangkum
dari berbagai sumber
***
[1].
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).
http://www.jadipintar.com/2015/05/biografi-ringkas-muhammad-saw-nabi-umat-islam-sedunia.html